Sabtu, 17 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN EIDULFITRI,MERAIKAN BAKAL HAJI DAN ANAK YATIM





Sri Cheding- 17 Oktober 2009, Masjid Nurul Hidayah Kg Seri Cheding sekali lagi mengadakan program bersama ahli kariah.Kali ini pihak AJK Masjid mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri ,Merai Bakal Haji dan anak-anak Yatim di Kg Seri Cheding.Majlis yang sungguh meriah ini di hadiri seluruh masyarakat kariah Kampung dan taman Seri Cheding.


Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini di rasmikan oleh wakil Kadi Kuala Langat,Ustaz Soleh B Miskon dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Dalam Ucapannya,Beliau mengucapkan berbanyak tahniah kepada AJK masjid telah mempunyai inisiatif untuk menjalankan program yang di tuntut oleh Agama ini.Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, bakal haji dan Warga Emas dari kalangan kaum Ibu.
Bakal haji yang di raikan ialah En Nasiman b Samit dan Isterinya.Beliau merasa sangat terharu dapat di raikan pada hari tersebut.Beliau memohon supaya semua dapat mendoakan kesejahteraan dan semoga beliau mendapat haji yang mabrur.
Hadirin seterusnya di hidangkan dengan pelbagai juadah..Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari belia kariah.

Nazir masjid Nurul Hidayah,Ustaz Anuar Hamzah B Hj Tohar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK dan ahli kariah yang telah menjayakan program yang agak besar ini.Beliau mengharapkan agar ada lagi sumbangan dari seluruh masyarakat kariah untuk di manfaatkan seperti dalam program ini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan