Jumaat, 14 Ogos 2009

2 program sempena Nisfu Syaa'ban di masjid Nurul Hidayah Seri Cheding.

Sempena menyambut nisfu Sya'ban ,Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah Seri Cheding telah mengadakan 2 program . Program Ceramah Nisfu Sya'aban dan Gotong Royong Perdana sempena menyambut ketibaan ramadhan al mubarak.


Sempena menyambut nisfu Sya'ban ,Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah Seri Cheding telah mengadakan 2 program . Program Ceramah Nis
fu Sya'aban dan Gotong Royong Perdana sempena menyambut ketibaan ramadhan al mubarak.

Sambutan yang diterima amat menggalakan daripada penduduk kampung terutama dari golongan be
lia dan remaja.

Ceramah yang berlangsung pada 8 ogos 2009 (sabtu) jam 9.00 malam itu di syarahkan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) iaitu Ustaz Alwi Parman (ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor).Antara isi -isi penting dalam ceramahnya ialah panduan kehidupan orang muslim sepanjang sya'aban dan persediaan menyambut ramadhan.

Pada sebelah siangnya,satu gotong royong perdana telah dianjurkan iaitu pada 9 ogos 2009(ahad).semua ahli kariah telah bersama-sama membanting tulang membersihkan kawasan masjid.Antara aktivitinya ialah mencantas dahan pokok,membersihkan longkang masjid ,mengecat pagar ,membersihkan kawasan luar dan dalam masjid.


Nazir Masjid Nurul Hidayah,Ustaz Anuar Hamzah B Hj Tohar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh AJK dan ahli kariah yang telah bersama-sama mengikuti kedua-dua program ini.Beliau juga berharap suasana yang bersih dan kondusif ini akan menggalakkan lagi ahli kariah untuk berjamaah di masjid .


Segaa maklumat boleh dilayari di alamat http://masjidnurhidayah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan