Isnin, 13 Julai 2009

Gambar Kursus Pengurusan Jenazah

Seri Cheding 12 Julai 2009 - Baru-baru ini telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Kampung Sri Cheeding. Kursus ini dianjurkan oleh Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.

Sambutan yang diterima amat menggalakan daripada penduduk kampung terutama dari golongan belia dan remaja.


Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang penceramah jemputan dari Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) iaitu Ustaz Ahmad Safuan bin Md Nayan dan Ustazah Baizurah binti Abdul Aziz.

Kursus ini julung kali diadakan disini, antara objektifnya adalah melahirkan masyarakat yang mampu menguruskan jenazah mengikut syariat Islam.

Semua peserta kursus berpuas hati dan berharap program seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Pada masa yang sama juga masjid Nur Hidayah telah melancarkan laman blognya dan boleh dilayari di alamat http://masjidnurhidayah. blogspot.com


Wassalam
Tn Hj Abd Ghani B Hj Ahmad
Setiusaha Masjid Nur Hidayah Seri Cheding.
016-9194214

Ustaz Anuar Hamzah b Hj Tohar
Nazir masjid Nurul Hidayah
012-3578185


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan